Apple Disaman Kerana Didakwa Mencuri Rekaan Logo

Pada acara WWDC 2018, Apple telah memperkenalkan Siri Shortcuts. Ia membenarkan pengguna menetapkan arahan suara tersendiri untuk mengarahkan Siri melakukan sesuatu aksi. Apple disaman oleh Shift kerana logo Siri Shortcuts didakwa dicuri daripada mereka.

Jika anda lihat logo di atas, logo Siri Shortcuts mempunyai banyak persamaan dengan logo Shift. Dari segi warna dan gabungan dua objek juga kelihatan amat sama. Shift meminta Apple berhenti melanggar harta intelektual mereka atau juga membayar $200,000 (~RM 797,100) iaitu jumlah yang cukup untuk Shift menjenamakan semula syarikat mereka.

Baru-baru ini di Amerika Syarikat, saman telah difailkan ke atas Apple oleh sekumpulan pemilik Apple Watch kerana masalah skrin jam tangan pintar ini yang tercabut secara rawak.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.