Apple Disaman Kerana Dituduh Menyebabkan Pengecas Lama Tidak Lagi Beroperasi

Bak kata mendiang Notorious B.I.G, “lagi banyak wang, lagi banyak masalah”. Ini adalah yang berlaku kepada Apple sejak ia menjadi syarikat yang mempunyai nilai tertinggi di dunia tahun lalu. Mereka sekali lagi disaman dan kali ini adalah kerana isu melibatkan kemas kini sistem operasi yang didakwa menyebabkan pengecas lama tidak lagi boleh digunakan.

Saman difailkan oleh Monica Emerson di California semalam. Menurut wanita ini, iPhone 7 yang dibeli pada tahun 2016 tidak lagi boleh dicas menggunakan sebuah pengecas rasmi Apple pada Oktober 2017. Notifikasi yang mengatakan ia tidak lagi disokong terpapar pada skrin peranti.  Beliau berkata terdapat ribuan pengguna Apple yang turut mengalami masalah yang sama sehingga terpaksa membeli pengecas baharu. Saman bernilai $5 juta (~RM 21 juta) difailkan kerana Apple dituduh melakukan pengiklanan palsu, amalan perniagaan yang tidak adil, penipuan, dan pelanggaran undang-undang California.

Secara peribadi kami tidak mengalami masalah ini pada iPhone 7 yang telah dikemaskini ke  iOS 12 dan masih menggunakan pengecas asal yang disertakan di dalam kotak. Kadang kala notifikasi pengecas tidak disokong berlaku kerana port atau kepala pengecas yang kotor. Ia turut akan muncul jika anda tidak menggunakan kabel yang melepasi piawaian MFi Apple. Kabel dan pengecas yang asli adalah perlu bagi mengelakkan kerosakan pada peranti atau dalam kes lebih serius letupan.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.