Pada bulan Februari yang lalu berlaku insiden sepasang fon kepala Beats meletup ketika digunakan seorang wanita Australia. Kejadian berlaku ketika beliau sedang dalam penerbangan dari Beijing ke Melbourne. Fon kepala yang digantung pada leher tiba-tiba meletup menyebabkan beliau mengalami kecederaan kecil.

Pihak Apple selepas melakukan siasatan mendapati punca letupan adalah bateri AAA keluaran yang pihak ketiga yang digunakan. Oleh kerana ia bukan komponen yang dikeluarkan oleh mereka, Apple enggan memberikan sebarang ganti rugi kepada mangsa. Wanita yang enggan identitinya dikenali ini kesal dengan tindakan lepas tangan Apple. Pada pendapat beliau, Apple tidak memberikan amaran bateri jenama apakah yang harus digunakan pada fon kepala Beats.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.