Apple Hadir Dengan Kemaskini Tampalan Bagi Membaiki Isu Macbook Pro 2018 Yang Memanas

Lebih kurang dua minggu lepas, Apple telah mengemaskini barisan Macbook Pro dengan janaan cip yang lebih pantas. Walau bagaimanapun, Macbook Pro dengan janaan Intel Core i9 6-teras mempunyai masalah yang menyebabkan Macbook tersebut menjadi panas dan mengurangkan prestasi.

MacBook Pro

Baru-baru ini, Apple telah pun mengeluarkan kemaskini baru bagi membaiki masalah yang serius ini. macOS High Sierra 10.13.6 dengan binaan nombor 17G2208 ini, hanya boleh dikemaskini pada Macbook Pro baru dengan janaan cip 6-teras sahaja. Ini kerana, barisan Macbook lain tidak terjejas. Isu ini pertama kalinya disedari oleh pengulas gajet terkenal Dave2D melalui laman YouTube beliau.

Isu ini kemudiannya tular di arena web dan merisaukan ramai pengguna Macbook Pro baru. Selepas hampir seminggu, kini pengguna Macbook Pro baru ini boleh tenang dan lakukan tugas-tugas penyuntingan atau tugas-tugas lain dengan tenang. Dave2D turut menerbitkan video baru yang memperlihatkan perbezaan yang ketara sebelum dan selepas kemaskini.

Selain daripada itu, barisan Macbook Pro baru ini turut membaiki masalah papan kekunci kupu-kupu yang bermasalah dengan penggunaan sistem membran baru.

Di sini jelas lihat, menghabiskan wang bernilai bermula RM12,898 untuk set asas Intel Core i9 Macbook Pro bukanlah sesuatu yang sia-sia. Kerana Apple akan selesaikan masalah dengan pantas.

Muat Turun: Kemaskini Tampalan Baru Bagi MacBook Pro Baru Intel Core i9 Di Sini

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.