Apple Hadir Dengan Program Baik Pulih Khas Untuk Peranti Lapuk Mereka – iPhone 4S Tersenarai

Beberapa jam yang lepas, kami laporkan di mana Apple secara rasminya menghentikan sokongan baik pulih buat iPhone 5. Tetapi, usah risau – Apple memberi hak pengguna yang terbaik. Kerana menurut laporan, Apple kini hadir dengan program khas untuk membaik pulih beberapa produk lapuk terpilih mereka.

Mengejutkan, Apple turut menyenaraikan iPhone 4S sebagai salah satu peranti untuk program baik pulih khas ini. Peranti yang sudah berumur 7 tahun ini, Apple masih akan menerima peranti ini untuk dibaiki. Berikut adalah senarai peranti lain yang disokong Apple dalam program khas ini;

  • iPhone 5 (GSM/CDMA)
  • MacBook Air (11 inch, Mid 2012)
  • MacBook Air (13 inch, Mid 2012)
  • iMac (21.5 inch, Mid 2011) – hanya di AS dan Turki
  • iMac (27 inch, Mid 2011) – hanya di AS dan Turki

Bermula hujung November kelak;

  • iPhone 4s
  • MacBookPro (15-inch, Mid 2012)

Bermula Disember kelak;

  • MacBook Pro (Retina, 13-inch, Late 2012)
  • MacBook Pro (Retina, 13-inch, Early 2013)
  • MacBook Pro (Retina, Mid 2012)
  • MacPro (Mid 2012)
  • iPhone 5 (GSM)

Setiap produk Apple ini sudah dikira sebagai lapuk atau obselete. Mungkin masih ada baki alat-alat ganti buat produk-produk ini, jadi Apple memberi peluang buat pengguna setia mereka. Program ini dikatakan terbuka diseluruh dunia, tetapi ada beberapa produk hanya disokong oleh beberapa negara terpilih. Buat masa ini, tidak pasti Malaysia akan terserta dalam program ini. Tanbahan, peranti-peranti ini hanya boleh dibaiki jika Apple masih lagi mempunyai stok alat ganti.

Apple iPhone XR

Walaupun harga produk Apple ini dikatakan adalah untuk pengguna bangsawan, lihat produk ini sudah berumur 5-7 tahun – Apple tetap menerima sokongan. Tiada peranti Android atau Windows yang pengeluar sokong sehingga tempoh yang lama seperti ini. Pembaca Amanz pasti bijak memilih bukan? Beli produk mahal yang tahan lama, atau produk ‘murah‘ yang tahan 2-3 tahun kemudian perlu tukar.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.