Berita Menarik

Apple, IBM akan umumkan butiran pakatan strategik bulan depan

Pembaca : 21
0 0

SAN FRANCISCO: Apple Inc dan IBM sudah mendapat kira-kira 50 pelanggan korporat untuk penyelesaian perisian dan aplikasi yang dibangunkan bersama menerusi pakatan strategik yang dibentuk baru-baru ini, kata ketua pegawai kewangan Luca Maestri.

Kedua-dua syarikat pada Julai lalu mengumumkan akan membuat pakatan untuk menjual iPad dan iPhone dengan perisian khusus untuk pelanggan korporat dan kerajaan, akan mengumumkan kumpulan pertama aplikasi dan perisian berkenaan bulan depan.

Pakatan itu disasarkan untuk membantu Apple meneroka lebih jauh dalam perniagaan memberi khidmat kepada pelanggan korporat, bidang niaga yang kini dikuasai IBM, Hewlett Packard dan Microsoft Corp.

“Minat yang ditunjukkan daripada dunia korporat sungguh luar biasa,” kata Masetri ditemui selepas Apple mengumumkan keputusan kewangan di sini.

Syarikat itu mencatat keputusan kewangan yang lebih baik daripada unjuran selepas pelancaran iPhone baharu membantu melonjakkan jualan telefon pintar kepada 39.27 juta unit pada suku keempat.

Maestri berkata, jualan iPhone 6 dan 6 Plus yang mula dijual di China minggu lalu, sudah jauh lebih tinggi daripada yang dicatatkan ketika pelancaran iPhone 5S dan 5C. – Reuters

 

SUMBER : BHARIAN

About Post Author

hasnan

Diploma dalam Sains Komputer (IT) dari UTM Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (IT) dari UKM
Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.