Apple iOS 12.1.1 Kini Boleh Dimuat-Turun – Mengaktifkan Fungsi Sentuhan Haptik Tertentu Pada iPhone XR

Kemaskini iOS 12.1.1 kini boleh dimuat turun dan membawakan beberapa penambahbaikan yang dinantikan pengguna iPhone XR. Pertama sekali kandungan notifikasi kini boleh diprebiu dengan melakukan 3D Touch pada peranti tersebut. Ini ialah sebahagian kecil sokongan 3D Touch yang diberikan oleh Apple pada model iPhone terkini paling mampu milik mereka.

Seterusnya butang untuk menukar kamera kini diberikan ketika melakukan FaceTime. Sebelum ini pengguna perlu memasuki menu sebelum boleh menukar kamera hadapan dan belakang. Turut diberikan ialah tambahan sokongan eSIM pada syarikat telekomunikasi tertentu. Saiz muat turun kemaskini ini ialah 381.1 MB.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.