Apple iOS 14 Bakal Ditawarkan Untuk Pengguna Bermula Esok

Apple hari ini telah memperkenalkan tablet terbaru mereka, dan bersama-sama dengannya, Apple turut telah mengumumkan mereka bakal menawarkan kemaskini iOS 14 kepada umum bermula esok.

iOS 14 merupakan sistem operasi generasi baru untuk iPhone dan iPad – serta hadir dengan sejumlah ciri-ciri baru bersama-sama dengannya. Antaranya adalah kebolehan untuk mengubah aplikasi utama untuk pelayaran web serta emel, antaramuka yang kompak untuk Siri, sejumlah ciri-ciri privasi terbaru, kemudahan mencuba aplikasi tanpa memuat-turunnya melalui App Clips, dan beberapa yang lain.

Apple iOS 14 akan ditawarkan untuk pengguna iPhone dan iPad bagi model-model terpilih bermula esok.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*