Apple iOS 14 Kini Sedia Dimuat-Turun

Apple hari ini telah menawarkan kemaskini perisian terbaru untuk iPhone dan juga iPad melalui iOS14 dan juga iPadOS14.

Kemaskini baru ini menawarkan sejumlah perkara baru, termasuk sokongan widget pada skrin utama, skrin panggilan bersaiz kecil ketika anda sedang menggunakan aplikasi lain, sejumlah watak memoji yang dikemaskini, dan privasi yang ditambah-baik. iOS14 juga turut menyertakan ciri AppClips yang memudahkan anda mencuba sesuatu aplikasi tanpa perlu memuat-turun dan memasangnya.

Bagi anda yang menggunakan iPhone 11, iPhone 11 Pro, iPhone 11 Pro Max, iPhone XS, iPhone XS Max, iPhone XR, iPhone X, iPhone 8, iPhone 8 Plus, iPhone 7, iPhone 7 Plus, iPhone 6s, iPhone 6s Plus, iPhone SE, iPhone SE 2020, iPod Touch, anda boleh menaik-taraf ke iOS14 ini bermula hari ini.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*