Apple iPad Mini 5, AirPods 2 Dan AirPower Mungkin Dilancarkan Seawal Bulan Hadapan

Ura-ura mengenai model kemas kini untuk iPad Mini 4, AirPods dan AirPower sudah didengari sejak tahun lalu. Kini desas-desus mengatakan ketiga-tiga produk ini akan akhirnya dilancarkan pada musim bunga kelak iaitu seawal bulan hadapan menurut laporan MacOtakara.

iPad Mini 5 ialah produk yang mungkin paling dinantikan kepada iPad Mini sudah lebih tiga tahun tidak dikemaskini. Seperti kami laporkan sebelum ini, ia dijangka membawakan sokongan Apple Pencil tetapi mengekalkan sistem Touch ID seperti model terdahulu. Pemproses yang bakal digunakan adalah hanya A10 yang sudah berusia tiga tahun. Ini ialah pemproses yang sama ditemui pada iPhone 7 dan 7 Plus.

AirPods 2 pula akan mengekalkan rekaan luaran tetapi kini dengan kemampuan bass yang dipertingkatkan. Selain itu ia mungkin ditawarkan dalam warna hitam dengan kemasan yang lebih kasar bagi menyelesaikan masalah AirPods asal yang didakwa terlalu licin. Ia juga hadir dengan sistem penjejak kesihatan serta harga jualan yang lebih tinggi.

Akhir sekali pengecas nirwayar AirPower akan akhirnya dijual selepas lebih setahun tertunda. Di dalam laporan MySmartPrice pagi ini, fungsi unik AirPower akan hanya dapat dilihat sepenuhnya menerusi iOS 13 kelak.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.