Apple iPad Pro 12.9″ – Tablet Dengan Prestasi Terulung

iPad Pro generasi ketiga menampilkan sejumlah perubahan baru seperti rekaan skrin sepenuhnya, Apple Pencil baru, sokongan Face ID, dan penyertaan sambungan USB-C. Ia juga menjadi peranti iOS terpantas setakat ini melalui penggunaan cip Apple A12X Bionic dengan rekaan 7nm. Prestasinya lebih pantas berbanding 92% komputer riba di pasaran termasuk MacBook Pro 15” yang dikeluarkan pada tahun 2017.

iPad Pro telah ditawarkan di Malaysia pada harga bermula RM3499 (11”) dan RM4349 (12.9”) dalam 4 pilihan konfigurasi iaitu 64GB, 256GB, 512GB, dan 1TB.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.