Apple iPad Pro 2020 Kini Boleh Dibeli Di Malaysia Pada Harga Bermula RM3499

Dua model Apple iPad Pro baharu dilancarkan pada pertengahan Mac lalu. Sejak diumumkan ramai bertanyakan bilakah ia boleh dibeli pengguna di Malaysia. Jawapan kepada persoalan ini ialah bermula hari ini.

iPad Pro baru ini dilengkapi dengan skrin 11″ dan 12.9″ kedua-duanya mula ditawarkan menerusi laman rasmi Apple. Harga jualan untuk iPad Pro 11″ ialah bermula dari RM3499 manakala iPad Pro 12.9″ pula bermula dari RM4399 sebuah.

Model baharu ini menggunakan cip Apple A12Z Bionic yang mempunyai lebih banyak teras, memori 6GB RAM, storan sehingga 1TB, tri-kamera utama 12+10 Megapixel dengan LIDAR dan kamera hadapan sebesar 7-Megapixel.

Dengan tempoh PKP masih berkuatkuasa, satu-satunya cara untuk memiliki tablet berkuasa ini ialah dengan pembelian atas talian.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*