Apple iPhone 11 Kini Rasmi, Cip Baru, Kamera Baru, Harga Bermula RM3399

Akhirnya Apple iPhone 11 kini rasmi dan ia akan menjadi model pengganti kepada iPhone XR yang dilancarkan tahun lalu. Di Malaysia, harga rasmi dan juga tarikh jualan juga telah dikeluarkan dimana harga Apple iPhone 11 akan dijual bermula 27 September dengan harga bermula RM3399 untuk model 64GB, RM3599 untuk model 128GB dan RM4099 untuk model 256GB.

Untuk model iPhone 11 ini, ia menggunakan panel IPS LCD berbanding model Pro dan Pro Max yang menggunkan panel OLED. iPhone 11 hadir dengan skrin bersaiz 6.1 inci dengan resolusi 828 x 1792 pixels.

<![CDATA[ ]]>

Berbanding iPhone XR yang memiliki kamera tunggal dibelakang, iPhone 11 memiliki dua kamera di belakang dengan lensa utama 12 MP, 26mm dan lensa sudut lebar 12 MP, 13mm. Kamera utama mempunyai f/1.8 aperture dan OIS serta menyokong rakaman video 4K @ 60fps.

Di bahagian depan terdapat pula kamera selfie 12 MP yang juga menyokong rakaman video 4K serta video gerak perlahan yang dipanngil “slofies”.

Di bahagian dalam, peranti ini hadir dengan cipset A13 Bionic yang baru, iaitu 20% lebih berkuasa daripada cip A12 dan mengalahkan Snapdragon 855 dalam prestasi CPU dan GPU dalam ujian Apple. Ia turut hadir dengan Li-Ion 3110 mAh bateri, 4GB RAM serta pilihan memori dalaman 64GB, 128GB dan 256GB.

Antara fungsi menarik lain terdapat pada iPhone 11 termasuk fungsi kalis air dan debu IP68, sokongan Dolby Atmos. Apple IPhone 11 akan tersedia dalam hitam, kuning, hijau, putih, ungu dan PRODUK (RED).

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.