Apple iPhone 11 Pro Kini Dengan Tiga Kamera, Harga Bermula RM4899

Selain Apple iPhone 11, Apple juga telah melancarkan dua lagi model iaitu Apple iPhone 11 Pro dan juga Apple iPhone 11 Pro Max. Kedua-dua peranti ini hadir dengan skrin yang resolusi lebih tinggi, sistem tiga kamera serta prestasi yang lebih baik berbanding model tanpa Pro.

Untuk model Pro, terdapat dua variasi saiz skrin dan kapasiti bateri iaitu skrin 5.8 inci dan Li-Ion 3190 mAh untuk iPhone 11 Pro serta skrin 6.5 inci dan bateri Li-Ion 3500 mAh iPhone 11 Pro Max. Spesifikasi selebihnya adalah sama untuk kedua-dua model ini.

<![CDATA[ ]]>

iPhone 11 Pro baru ini menggunkan paparan Super Retina XDR dengan panel OLED, kecerahan 1,200 nits serta 15% lebih cekap tenaga. Ia juga menyokong HDR10 dan juga Dolby Vision.

iPhone 11 versi Pro hadir dengan tiga kamera 12 Megapixel di belakang. Lensa utama mempunyai kanta 26mm, f/1.8, penstabilan imej optik (OIS) dan Dual Pixel AF. Kanta kedua jenis telephoto dengan 52mm, aperture f/2.0, OIS dan Dual Pixel AF. Manakala lensa ketiga jenis sudut lebar 13mm dengan sudut tangkapan 120°. Kamera selfie turut menawarkan lensa 12 Megapixel di hadapan.

Untuk bateri, versi Pro ini menyokong pengecasan pantas 18W. Menurut Apple, iPhone 11 Pro menawarkan jangka hayat bateri selama 4 jam lebih berbanding iPhone XS manakala iPhone 11 Pro Max mengatasi iPhone XS Max sebanyak 5 jam.

Untuk prestasi, Kedua-dua model iPhone Pro dikuasakan oleh cipset Apple A13 Bionic baru dengan 6GB RAM serta variasi memori 64GB, 256GB serta 512GB. Ia hadir dalam empat pilihan warna iaitu Space Gray, Silver, Gold dan Midnight Green.

Di Malaysia, Apple iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max akan mula dijual bermula 27 September ini. Apple iPhone 11 Pro dijual dengan harga bermula RM4899 untuk model 64GB, RM5599 untuk model 256GB dan RM6499 untuk model 512GB. Apple iPhone 11 Pro Max pula dijual dengan harga bermula RM5299 untuk model 64GB, RM5999 untuk model 256GB dan RM6899 untuk model 512GB.

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.