Apple iPhone 11 Pro Max Menerima Skor DXO Sebanyak 117 – Dibelakang Xiaomi Dan Huawei

DXO Mark sering mengeluarkan skor penanda aras untuk sesuatu kamera, dan terbaru mereka telah pun mengeluarkan skor untuk telefon keluaran Apple terbaru, iaitu iPhone 11 Pro Max.

Melalui skor yang dikeluarkan, iPhone 11 Pro Max menerima skor keseluruhan sebanyak 117 – yang mana sekaligus meletakkan peranti berkenaan dikedudukan ketiga tertinggi buat masa ini, mendahului Galaxy Note 10+. Namun, ia dibelakang Huawei Mate 30 Pro dan juga telefon pintar Xiaomi Mi CC9 Pro Premium terbaru.

DXO iPhone 11 Pro

iPhone 11 Pro Max dikatakan menawarkan rakaman berkualiti, sokongan autofokus yang pantas, prestasi zum yang baik, selain rakaman lensa sudut lebar yang baik. Walaubagaimanapun, terdapat kesan hingar dalam beberapa keadaan, selain rakaman yang kurang baik dibawah penggunaan pencahayaan Flash.

Untuk rakaman video, DXO mengatakan iPhone 11 Pro Max menawarkan kesan penstabilan yang efektif, rakaman yang baik, namun terdapat ketidakstabilan kesan putih, selain kesan pelik sedikit ketika merakamkan video sambil berjalan.

Dari segi audio, DXO turut menawarkan skor mereka tersendiri sekarang, dan memposisikan iPhone 11 Pro Max dengan skor 71 – hanya dibelakang iPhone XS dengan skor sebanyak 74 – sekaligus mendahului pelbagai pesaing yang lain dipasaran hari ini.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.