Apple iPhone 12 Dan iPhone 12 Pro Akan Ditawarkan Di Malaysia Bermula 13 November

Apple iPhone 12 merupakan antara telefon pintar mercu yang dinantikan ramai pengguna di Malaysia. Hari ini, pihak Digi mengesahkan yang mana iPhone 12 dan iPhone 12 Pro akan ditawarkan di Malaysia bermula 13 November 2020 ini.

Digi turut mengatakan mereka akan mengambil pra-tempah bermula 6 November 2020 kelak. Kita mungkin akan melihat syarikat telekomunikasi lain turut melakukan perkara lebih kurang sama, selain penawaran daripada para pengedar rasmi produk Apple di Malaysia.

Dua model dijangka ditawarkan untuk peringkat permulaan, iaitu iPhone 12 Pro dan juga iPhone 12. Model iPhone 12 Mini dan iPhone 12 Pro Max dijangka akan menyusul selepas itu.

iPhone 12 dan iPhone 12 Pro hadir dengan cip Apple A14 Bionic, dijana sistem operasi iOS 14, serta menawarkan sejumlah penambah-baikkan bersama-sama dengannya. Versi iPhone 12 Pro turut menawarkan sensor kamera yang lebih baik untuk rakaman gambar dan juga video berbanding versi iPhone 12 biasa.

Di Malaysia, iPhone 12 ditawarkan pada harga bermula RM3899 untuk storan 64GB, dan mencapai RM4599 untuk storan 256GB.

iPhone 12 Pro pula ditawarkan pada harga bermmula RM4899 untuk model 128GB, dan meningkat mencapai RM6299 untuk model 512GB.

Bagi anda yang menantikan pakej syarikat telekomunikasi seperti Digi, boleh menantikan pengumuman lanjut berkaitan dengannya tidak lama lagi.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*