Apple iPhone Mungkin Menyertakan Pengimbas Cap Jari Pada Skrin Menjelang 2021

Ming-Chi Kuo sering hadir dengan pelbagai ramalan berdasarkan analisa beliau. Terkini, beliau menyasarkan yang mana Apple mungkin menyertakan pengimbas cap jari pada skrin melalui iPhone yang akan diperkenalkan pada 2021 kelak.

Ini sekaligus akan membawa kembali sokongan Touch ID, selain pada masa yang sama mengekalkan sokongan Face ID pada telefon pintar keluaran mereka.

Apple berkemungkinan menggunakan sensor pengimbas cap jari berasaskan ultrasonik seperti yang ditawarkan oleh Qualcomm. Sejumlah halangan teknologi dijangka akan diatasi menjelang tempoh berkenaan, selain menawarkan pengalaman yang baik kepada pengguna.

Pada hari ini, terdapat sejumlah peranti menawarkan sokongan pengimbas cap jari pada skrin, termasuk daripada Vivo, Samsung dan sebagainya.

Buat masa ini, sasaran untuk Apple ini hanya sekadar ramalan sahaja. Terdapat juga kemungkinan ciri ini tidak hadir langsung pada iPhone.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.