Berita Menarik

Apple iPhone X Kini Boleh Didapati Pada Harga RM4299 Untuk 64GB, RM4999 Untuk 256GB

Pembaca : 10
0 0

Apple telah pun memperkenalkan iPhone XS dan juga iPhone XS Max secara rasminya semalam, sekaligus membuang penawaran iPhone X yang diperkenalkan pada tahun lepas daripada laman rasmi Apple.com.

Walaubagaimanapun, untuk penjual sedia ada yang mempunyai model iPhone X, harga jualannya kini dikemaskini.

Apple iPhone X

iPhone X ditawarkan dalam dua variasi, dimana model 64GB kini boleh didapati pada harga RM4299, sementara model 256GB pula ditawarkan pada harga RM4999.

iPhone X menawarkan skrin 5.8-inci Super Retina, dilengkapi cip A11 Bionic, dan menawarkan dwi-kamera 12-megapixel dibelakang.

Bagi anda yang masih berminat untuk mendapatkan iPhone X, boleh membelinya daripada pengedar rasmi Apple seluruh negara – atau mungkin menantikan kemasukkan iPhone XS ke pasaran tempatan dalam masa beberapa bulan lagi.

Sumber : amanz.my

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.