CUPERTINO, CALIFORNIA – Syarikat Apple mengumumkan bahawa komuniti pembangun aplikasi global telah memperolehi lebih daripada US$70 bilion sejak App Store dilancarkan pada tahun 2008.

“Orang ramai suka aplikasi mudah alih dan pelanggan-pelanggan kami memuat turun perisian aplikasi dalam jumlah yang banyak,” kata Naib Presiden Kanan Pemasaran Dunia Apple, Philip Schiller

 “Tujuh puluh bilion dolar Amerika Starikat telah diperolehi oleh para pemaju merupaka satu perkara yang menakjukkan.

Kami kagum dengan semua aplikasi baharu yang oleh para pemaju kami dan harap akan berjumpat mereka lagi pada minggu depan di Persidangan Pemaju Dunia kami. “

Syarikat Apple berkata muat turun dari “App Store”  telah berkembang lebih daripada 70 peratus dalam tempoh 12 bulan lepas, yang diketuai oleh kategori Permainan dan Hiburan.

Aplikasi gaya hidup, serta aplikasi kategori “Health and Fitness” telah mengalami pertumbuhan lebih 70 peratus pada tahun lepas. Aplikasi kategori “Photo dan Video” juga telah berkembang hampir 90 peratus pada masa itu.

(Sumber – Apple)

By hasnan

Diploma dalam Sains Komputer (IT) dari UTM Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (IT) dari UKM

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.