terpakai malaysia ucanlah system restorant malaysia

Apple Kini Aktif Di Platform TikTok

Apple sedia mempunyai akaun sosial pada pelbagai perkhidmatan popular, termasuk kini di TikTok. Apa pun, berbeza dengan akaun sosial seperti di Twitter yang mana Apple tidak berkongsi sebarang perkara, di TikTok pula, Apple dilihat agak aktif dalam menerbitkan kandungan.

Melalui akaun TikTok milik Apple, mereka kini dilihat telah mula menerbitkan beberapa video daripada selebriti internet dalam mempromosikan telefon pintar kompak terbaru mereka, iaitu iPhone 12 Mini.

Langkah ini mungkin selari dengan ramai anak muda yang aktif dalam platform tersebut – sekaligus menarik lebih ramai pengguna menggunakan peranti keluaran gergasi dari Amerika Syarikat tersebut.

Selain perkongsian kandungan, Apple juga dilihat agak aktif dalam mengiklan di platform sosial tersebut.

Mungkinkah kita akan melihat lebih banyak jenama turut menyertai TikTok selepas ini?

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*