Salah satu perkara yang tidak disukai pelbagai jenama adalah produk mereka dicetak-rompak, dan dijual secara berleluasa. Terbaru, dalam usaha mengatasinya, Apple kini mempunyai pasukan khusus yang memfokuskan untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa, penjual, dan juga syarikat media sosial di seluruh dunia dalam membuang sebarang produk cetak rompak dari pasaran.

Menurut pihak Apple sendiri, pada tahun lepas sahaja, sekitar lebih sejuta perkongsian produk Apple palsu telah dibuang dari pelbagai laman, termasuk Facebook dan Instagram.

Dengan langkah ini, ia akan mengurangkan capaian serta pembelian oleh pengguna yang kurang arif berkaitan dengannya.

Bagi anda sendiri, anda dinasihatkan untuk membeli produk daripada pihak penjual yang rasmi, dan mengelak membeli daripada laman-laman atau akaun yang mencurigakan.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.