Tiga tahun yang lalu Apple mula menggantikan papan kekunci MacBook dengan rekaan suis kupu-kupu. Ini bagi membolehkan rekaan yang lebih nipis digunakan pada komputer riba keluaran mereka kerana mekanisme ini tidak mempunyai ruang pergerakan menegak pendek. Namun masalah kadar kerosakan melibatkan suis “Butterfly”ini lebih tinggi berbanding rekaan lama. Akibatnya Apple mula disaman pengguna kerana didakwa terus menggunakan rekaan bermasalah ini walaupun menyedari kekurangannya.

Apple Macbook 2015Pagi ini Apple secara rasmi memulakan program gantian kekunci kupu-kupu yang bermasalah secara percuma. Masalah ini mungkin dalam bentuk kekunci yang melekat apabila ditekan, tidak mengesan input dan mengesan input walaupun kekunci tidak ditekan. Sembilan model MacBook dan MacBook disenaraikan di dalam program gantian ini. Pada waktu jaminan gantian papan kekunci selama empat tahun selepas MacBook dibeli akan diberikan. Senarai lengkap model MacBook yang dijamin adalah seperti di bawah.

  1. MacBook (Retina, 12 inci, Awal 2015)
  2. MacBook (Retina, 12­-inci, Awal 2016)
  3. MacBook (Retina, 12-­inci, 2017)
  4. MacBook Pro (13­-inci, 2016, Dua port Thunderbolt 3)
  5. MacBook Pro (13-­inci, 2017, Dua port Thunderbolt 3)
  6. MacBook Pro (13-­inci, 2016, Empat port Thunderbolt 3)
  7. MacBook Pro (13-­inci, 2017, Empat port Thunderbolt 3 Port)
  8. MacBook Pro (15-­inci, 2016)
  9. MacBook Pro (15-­inci, 2017)

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.