Apple Kini Miliki Perniagaan Modem Telefon Pintar Intel

Pada bulan Julai 2019 yang lepas, Intel dan Apple telah mengumumkan transaksi perniagaan, dimana Apple akan mengambil-alih perniagaan modem milik Intel. Kini, lanjutan daripadanya, selepas melalui pelbagai fasa, transaksi berkenaan selesai sepenuhnya, dan perniagaan modem telefon pintar daripada Intel sebelum ini kini adalah milik Apple.

Intel mengatakan transaksi ini bernilai sekitar $1 bilion. Dengan mempunyai perniagaan modem telefon pintar ini, ia sekaligus akan mengurangkan lagi kebergantungan pihak Apple terhadap pengeluar lain – terutamanya seperti Qualcomm. Pada masa yang sama, ia juga akan membolehkan Apple membangunkan peranti berhubung dengan lebih baik berbanding pengeluar-pengeluar lain di luar sana.

Intel turut mengatakan yang mana langkah ini turut akan membolehkan pihak mereka memfokuskan kepada sejumlah teknologi baru, termasuk berkaitan rangkaian 5G.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.