Apple hari ini telah mula menawarkan komputer riba kompak berkuasa tinggi mereka yang terbaru untuk pasaran tempatan, iaitu MacBook Pro 13-inci.

Komputer riba ini hadir dengan pilihan sehingga Intel Core i5 Gen-10, memori sehingga 32GB RAM, storan 4TB SSD, dan dilengkapi papan kekunci Magic Keyboard. Ia turut hadir dengan sokongan Touch Bar dan juga Touch ID.

MacBook Pro 13-inci

Apple menawarkan beberapa pilihan model berbeza, bermula dengan RM5599 untuk model menggunaka cip Intel Core i5 generasi ke-8, sehinggalah kepada harga maksima mencapai RM17298 untuk penggunaan memori 3GB RAM dan 4TB storan.

Bagi anda yang berminat, boleh membuat tempahan pembelian komputer riba ini hari ini melalui laman rasmi Apple Malaysia.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.