Apple Membayar Denda RM108 Juta Di Perancis Kerana Memperlahankan Prestasi iPhone

Apple minggu ini bersetuju membayar denda 25 Juta Euro (~RM108 juta) kepada Perancis kerana memperlahankan iPhone menerusi kemaskini iOS 10.2.2 dan iOS 11.2. Denda ini akan dibayar kepada kerajaan Perancis selepas mereka didapati bersalah oleh pejabat pendakwaraya Paris tidak memberikan maklumat yang lengkap kepada pengguna sebelum kemas kini diberikan secara OTA.

Pada tahun 2017, Apple meminta maaf kepada pengguna kerana memperlahankan peranti apabila sistem mengesan bateri tidak lagi berfungsi pada tahap optimum. Dengan sistem ini kelajuan pemproses disekat bagi mengelakkan masalah peranti mati dengan sendiri kerana bateri gagal membekalkan arus yang mencukupi.

Antara langkah penyelesaian yang telah dilakukan Apple ialah membenarkan pengguna menyahaktifkan sistem ini secara manual serta menawarkan program gantian bateri pada harga yang lebih rendah. Selepas insiden ini Apple memberikan amaran kepada kesemua pengguna sekiranya kemaskini akan mendatangkan impak ke atas prestasi peranti.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*