Apple Membeli Sebahagian Daripada Pengeluar Cip, Dialog Semiconductor

Apple sedia menggunakan khidmat daripada Dialog Semiconductor sejak untuk rekaan beberapa cip sejak daripada iPhone awal. Kini, dalam usaha untuk membawa rekaan cip ke dalam syarikat Apple tersebut sendiri, gergasi perkomputeran berkenaan kini membuat pelaburan dan mengambil-alih sebahagian daripada Dialog Semiconductor.

Melalui pengambil-alihan ini, ia sekaligus membolehkan Apple menerima sekitar 300 jurutera daripada syarikat berkenaan, selain turut melesenkan teknologi pengurusan tenaga yang dimiliki Dialog Semiconductor. Apple juga turut memberikan komitmen dalam membeli cip keluaran Dialog untuk tiga tahun akan datang.

Dengan langkah ini, ia sekaligus memberikan Apple setapak lagi kehadapan dalam usaha membuat penghasilan cip tersendiri sepenuhnya untuk digunakan pada peranti-peranti keluaran mereka. Ia juga akan membolehkan Apple merekabentuk dan mengubah-suai pelbagai perkara pada cip dan teknologi pengurusan tenaga pada peranti keluaran mereka pada masa akan datang.

Sama-sama kita nantikan apakah perkembangan lanjut hasil pengambil-alihan ini oleh Apple.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.