Apple Memfailkan Paten Rekaan iMac Dengan Permukaan Kaca Melengkung

Sejak dilancarkan pada tahun 1998, rekaan iMac telah diubah sebanyak enam kali bagi mengikut peredaran zaman. Rekaan semasa dengan komponen utama diletakkan di belakang skrin LCD dan tapak aluminium diperkenalkan pada tahun 2004 menerusi iMac G5. Di masa hadapan rekaan ikonik ini mungkin digantikan pula dengan panel kaca melengkung jika paten yang difailkan Apple boleh digunakan sebagai asas ramalan.

Paten iMac dengan tubuh yang diperbuat daripada kaca melengkung ini diterbitkan oleh USPTO minggu lalu. Menerusi rekaan bahagian hadapan iMac terdiri daripada kaca yang melengkung pada bahagian bawah untuk meletakkan papan kekunci, panel sesentuh dan juga bahagian yang menyokong pengecasan nirwayar.

Komponen utama komputer akan diletakkan pada bahagian tapak seperti yang digunakan pada iMac G4 sebelum ini. Panel kaca boleh dilaras untuk mengubah sudut donggakkan skrin. Paten rekaan ini adalah amat berbeza dengan yang digunakan sekarang. Apakah pendapat anda sekiranya Apple benar-benar menggunakan rekaan ini?

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*