Apple Memfailkan Saman Ke Atas Epic Games

Apple kini membuat kejutan dengan memfailkan saman ke atas pembangun permainan Fortnite, iaitu Epic Games.

Apple mengatakan Epic Games telah melanggar kontrak mereka, dan pada masa yang sama Apple meminta sejumlah bayaran untuk kerosakkan yang dibawa oleh Epic Games.

Apple mengatakan Epic Games bertindak seumpama “Robin Hood” yang ingin mendapatkan pelbagai keuntungan dari AppStore, dan tidak ingin membayar untuk nilai yang diterima.

Sebelum ini, pada 13 Ogos lepas, Epic Games telah menerbitkan Fortnite di AppStore dengan menyertakan sokongan pembayaran alternatif kepada penawaran Apple – sekaligus mengelak pembayaran 30% kepada pihak Apple. Hal ini membuatkan Apple membuang aplikasi berkenaan dari AppStore.

Selari dengannya, Epic Games telah memfailkan saman, dan kini Apple membalas kembali dengan memfailkan saman ke atas penerbit permainan berkenaan.

Apple turut mengatakan Epic Games telah menjana lebih $600 juta dari AppStore.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*