Terdapat pelbagai sistem biometri digunakan pada peranti pintar. Kini wujud imbasan mata,wajah dan cap jari. Kesemuanya mempunyai pro dan kontra. Di dalam kes imbasan wajah, sistem ini boleh dipintas menggunakan gambar statik. Apple nampaknya akan membangunkan sistem keselamatan yang mengenalpasti suara pengguna menerusi Siri.

Paten terbaru untuk Siri mengandungi sistem yang akan terlebih dahulu menganalisa suara pengguna dan memadankannya kepada pemilik peranti. Arahan suara dari pengguna yang tidak direkodkan tidak akan akan dipatuhi oleh Siri. Seperti biasa kewujudan paten tidak bermakna ia akan digunapakai dalam masa terdekat. Tetapi sekiranya ia wujud pastinya kandungan peranti akan terasa lebih selamat dari diakses tanpa kebenaran.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.