Apple Mempatenkan Tali Jam Apple Watch Dengan Paparan Skrin Tambahan

Pagi tadi kami melaporkan kemungkinan Apple Watch generasi ke-tiga akan menyokong sistem selular buat pertama kali. Kali ini muncul pula paten baru yang akan menambah beberapa fungsi baru kepada jam tangan Apple Watch sedia ada. Menarik sekali penambahan fungsi baru dilakukan menerusi tali jam.

Paten terkini ini menunjukkan tali jam dengan paparan tambahan. Paparan tambahan ini boleh menunjukkan tahap kecergasan ketika bersenam, menunjukkan bacaan nadi, tahap bateri, notifikasi mesej dan jarak ke destinasi. Langkah penambahan skrin Apple amat berlainan dengan apa yang dilakukan Samsung. Seperti kami laporkan semalam Samsung mempatenkan skrin sekunder pada bahagian sisi jam tangan pintar mereka. Rekaan manakah pada hemat anda lebih menarik?

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.