Apple Memulakan Program Gantian “Smart Battery Case” Untuk iPhone XS, XS Max Dan XR

Apple kini telah mengumumkan sebuah program tanian yang mana melibatkan Smart Battery Case yang telah dikeluarkan untuk iPhone XS, iPhone XS Max dan juga iPhone XR.

Smart Battery Case

Menurut Apple, antara masalah yang telah didapati oleh mereka untuk kerangka dengan bateri tambahan ini adalah dimana ia tidak mengecas apabila dihubungkan ke palang kuasa, selain ia juga menghadapi masalah untuk mengecas iPhone apabila digunakan.

Apple mengatakan antara unit yang terjejas adalah yang telah dikeluarkan antara Januari 2019 sehingga Oktober 2019 lepas.

Bagi anda yang pernah mendapatkan Smart Battery Case ini, boleh merujuk kepada pihak pengedar Apple, dan mendapatkan gantian untuknya secara percuma.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*