Apple Menandatangani Persetujuan Baharu Dengan Imagination Technologies Dalam Penggunaan Harta Intelek

Dua tahun yang lalu Apple dilaporkan tidak akan lagi menggunakan cip PowerVR yang dibangunkan oleh Imagination Technologies kerana ingin menghasilkan cip grafik buatan sendiri. Ini menyebabkan saham Imagination turun mendadak sehingga 60%. Selepas itu kedua-dua syarikat bertelagah mengenai pengguna harta intelek yang dimiliki oleh Imagination.

Imagination Technologies telah mengumumkan persetujuan baharu dalam pengguna harta intelek milik mereka telah ditandatangani dengan Apple, Apple bersetuju membayar lesen tahunan untuk terus menggunakan teknologi Imagination. Selepas mengalami masalah, Imagination Technologies telah dijual kepada Canyon Bridge yang merupakan sebuah firma dari China pada harga sekitar £550 juta.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*