Adakah MacBook anda menghadapi masalah tidak boleh mengecas bateri melebihi 1%. Sekiranya ya, anda kini berhak mendapatkan gantian bateri secara percuma dari Apple. Program gantian bateri ini hanya ditawarkan kepada pemilik MacBook Pro 2016 dan MacBook Pro 2017.

Isu ini menurut Apple hanya melibatkan sebilangan kecil pengguna selepas komputer riba menjalani proses kemas kini macOS Big Sur. Bateri akan digantikan sekiranya amaran “Service Recommended” dipaparkan apabila menggunakan perisian memeriksa kesihatan bateri. Anda dinasihatkan menghubungi wakil Apple bagi mendapatkan arahan bagaimana bateri boleh digantikan. Model-model yang layak tertera seperti di bawah.

  • MacBook Pro (13­”, 2016, 2 port Thunderbolt 3)
  • MacBook Pro (13­”, 2017, 2 port Thunderbolt 3)
  • MacBook Pro (13″ 2016, 4 port Thunderbolt 3)
  • MacBook Pro (13″, 2017, 4 port Thunderbolt 3)
  • MacBook Pro (15″, 2016)
  • MacBook Pro (15″, 2017)

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.