Apple Menawarkan Program Baik Pulih Percuma Untuk iPhone 6S Dan 6S Plus

iPhone 6s dan 6s Plus dilancarkan empat tahun yang lalu. Ia adalah dua telefon pertama Apple yang menyokong sistem 3D Touch yang kini telahpun dihentikan. Walaupun peranti ini sudah agak berusia, ia masih dihasilkan untuk pasaran seperti India. Hari ini Apple mengumumkan program gantian percuma untuk sesetengah model iPhone 6s dan 6S Plus.

Menurut Apple pelanggan kedua-dua model yang mengalami masalah peranti tidak boleh dihidupkan boleh mendapatkan perkhidmatan baik pulih secara percuma. Masalah ini berlaku kerana kegagalan pada komponen yang tidak didedahkan pada waktu ini. Program gantian hanya diberikan kepada peranti yang dikilangkan di antara Oktober 2018 hingga August 2019. Untuk menyemak status peranti yang mungkin anda miliki sila ke pautan di bawah.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.