Apple Menawarkan Program Gantian Skrin Percuma Untuk iPad Air Generasi Ketiga

Apple hari ini mengumumkan program gantian skrin percuma kepada pemilik iPad Air generasi ketiga (2019) yang mengalami masalah skrin yang mati secara rawak. Selepas ini berlaku skrin tidak akan dapat dihidupkan semula dan tablet hanya boleh digunakan sebagai pemberat kertas.

Masalah dikesan pada peranti yang dihasilkan di antara Mac 2019 dan Oktober 2019, Pelanggan yang terjejas boleh menghantar tablet mereka ke Apple Store atau pusat perkhidmatan Apple yang bertauliah. Bagi pemilik tablet yang masih belum terjejas dengan masalah ini, Apple akan menawarkan program gantian skrin percuma ini sehingga dua tahun selepas tarikh ia mula dijual,

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*