Apple Menawarkan Siri iPhone 12 Bersama Fon Telinga Dalam Kotak Hanya Di Negara Perancis

Apple telah pun sedia memperkenalkan iPhone 12 secara rasminya semalam, dan ia turut hadir dalam empat variasi model berbeza, serta sejumlah pembaharuan. Namun, salah satu perkara yang berbeza berbanding sebelum ini adalah penyertaan beberapa aksesori pelengkap telefon dalam kotak pembelian.

Apple telah mengatakan mereka tidak lagi akan menyertakan kepala pengecas dan fon telinga EarPods dalam kotak – salah satu usaha mengurangkan kesan pencemaran karbon, selain mana mengalakkan pengguna menggunakan kepala pengecas dan fon telinga sedia ada.

Apa pun, sedikit pengecualian dilihat berlaku hanya untuk di Perancis. Apple akan kekal menyertakan EarPods dengan sambungan Lightning untuk pasaran berkenaan.

Ia diperkatakan Apple menyertakannya disebabkan oleh perundangan di Perancis, namun tidak dapat dipastikan perundangan manakah secara khususnya.

Jadi, sekiranya anda terbeli sebarang set iPhone 12 yang menyertakan sambungan fon telinga didalamnya, maka anda boleh ketahui yang set yang anda beli adalah set Perancis.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*