Apple Mendahului Pasaran Dengan Jualan TWS Tertinggi, Xiaomi Di Tempat Kedua

Apple adalah antara yang pertama memperkenalkan set fon telinga nirwayar sebenar, Apple AirPods. Sejak ia diperkenalkan, semakin banyak syarikat lain mengikuti konsep aksesori audio TWS ini. Apple kini sudah mempunyai tiga jenis iaitu, Apple AirPods, Apple AirPods Generasi Ke-2 dan yang terkini Apple AirPods Pro. Walaupun syarikat lain seperti Razer, Samsung, Oppo dan lain-lain ada TWS tersendiri ia tidak mempunyai populariti yang hebat seperti Apple atau Xiaomi.

Kejap, kenapa Xiaomi? Xiaomi terkenal kerana harga jualannya tidak masuk akal dan sangat murah berbanding Apple. Saiz pasaran global untuk TWS kini mencapai 33 Bilion unit di suku ketiga 2019 dan berkembang sebanyak 22% berbanding suku ketiga tahun sebelumnya. Walaupun Apple mendahului pasaran, pegangan mereka turun ke 45% berbanding sebelum ini 53%. Pegangan Apple ini turut kerana jenama seperti Samsung dan Samsung pula tewas dengan Xiaomi yang mempunyai pegangan 6%.

Kemudian dengan pengenalan Apple AirPods Pro, Amazon Echo Buds, Microsoft Surface Earbuds, dan Jabra Elite 75t – ia telah meningkatkan lagi minat pengguna terhadap produk sebegini. Pihak Counterpoint Research menganggarkan yang tahun 2019 produk TWS boleh dipasarkan sehingga 120 Juta unit, lagi-lagi dengan bantuan jualan Black Friday, Krismas, jualan akhir tahun dan lain-lain.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.