terpakai malaysia ucanlah system restorant malaysia

Apple Mengesahkan AirPods Max Tidak Boleh Dimatikan

Antara perkara aneh yang dilakukan pada Apple AirPods Max ialah ia tidak dilengkapi sebarang butang kuasa. Sebaliknya fon kepala premium pertama keluaran Apple ini akan hanya memasuki mod penjimatan bateri apabila dimasukkan ke dalam bekas simpanan khas dan selepas tempoh tertentu.

Apple telah menerbitkan halaman bantuan AirPods Max yang menjelaskan bagaimana ia berfungsi. Fon kepala akan memasuki mod penggunaan bateri rendah (low power mode) apabila tidak dipakai selama lima minit. Ia kemudian akan menanti selama 72 jam sebelum memasuki mod ultra penggunaan bateri rendah (ultra low power mode). Dalam mod kedua ini bluetooth akhirnya dimatikan bersama dengan ciri Find My yang memakan bateri.

Apabila dimasukkan ke dalam bekas simpanan pintarnya, AirPods Max terus akan memasuki mod penggunaan bateri rendah. Ia akan hanya memasuki mod ultra penggunaan bateri rendah selepas 18 jam di dalam bekas simpanan.

Pengguna boleh melihat status bateri AirPods Max menerusi widget pada peranti. Bagi mereka yang tidak menggunakan peranti iOS, fon kepala akan mengeluarkan bunyi apabila bateri telah mencapai tahap 10%. Dengan kata lain fon kepala canggih ini tidak boleh dimatikan langsung selepas diaktifkan. Ia sekadar mengurangkan penggunaan bateri apabila tidak digunakan.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*