Apple Menggabungkan Bahagian Pembelajaran Mesin Dan Siri Dalam Satu Pasukan

Apple dilihat sedikit kurang aktif dalam arena kecerdasan buatan atau juga pembelajaran mesin. Mereka hanya fokus pada pembantu maya mereka, Siri. Tetapi, jika anda fokus pada acara WWDC 2018 yang lepas, iOS 12 yang dilancarkan adalah lebih pintar dengan integrasi Siri untuk “Suggestions” dan juga Siri “Shortcuts” yang hampir sama dengan fungsi pintar Google Assistant – “Routines“.

Sejajar dengan langkah Apple yang kini mula mengejar syarikat gergasi lain dalam arena pembelajaran mesin atau kecerdasan buatan – Apple melantik John Giannandrea untuk mengetuai pasukan baru ini. Giannandrea yang sebelum ini adalah Ketua Carian Dan Kecerdasan Buatan untuk Google, kini bertugas sebagai Ketua Pembelajaran Mesin Dan Strategi Kecerdasan Buatan bagi Apple.

John Giannandrea mempunyai pengalaman selama lapan tahun dengan Google dan ini pasti akan membantu untuk memajukan lagi pasukan “pintar” Apple.

ARM Otak

Apple dikatakan sedikit perlahan dalam arena kecerdasan buatan dan pembelajaran mesin ini kerana – mereka agak sensitif dan sedikit ketat dalam sekuriti dan privasi pengguna. Aplikasi Apple Maps yang kursang popular dan tidak beberapa bagus digunakan ini, bakal dikemaskini dan akan mempunyai fokus terhadap awan dan pengubahsuaian data-sensitif dalam peranti secara luar talian.

Sejajar dengan ini, Apple dilihat bakal membangunkan rangkaian perkomputeran untuk kecerdasan buatan terbesar.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.