Sebelum ini Apple memaparkan kuantifikasi bahawa stok iMac Pro adalah terhad dan kustomasi tidak lagi diberikan pada komputer yang ingin dibeli menerusi laman mereka. Hari ini, iMac Pro tidak lagi disenaraikan di laman mereka menamatkan jualan kepada peranti yang dilancarkan empat tahun lalu.

Dengan ia tidak lagi disenaraikan, ia berkemungkinan akan digantikan oleh iMac dengan cip Apple M1 yang kewujudannya ditemui hanya beberapa hari yang lalu. Bagi yang mencari iMac yang berkuasa, Apple menyarankan pembelian model 27″. Setakat ini penjualan hanya dihentikan di kesemua kedai atas talian Apple sahaja. Ia masih lagi boleh dibeli dari penjual pihak ketiga selagi stok masih ada.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.