Apple Mengumumkan Apple One – Berkas Langganan Untuk Pelbagai Perkhidmatan Apple Pada RM19.90 Sebulan

Apple hari ini telah mengumumkan perkhidmatan berkas langganan mereka yang menyertakan pelbagai perkhidmatan dibawah satu harga, dinamakan Apple One.

Apple One ini akan menyertakan perkhidmatan Apple Music, Apple TV+, Apple Arcade dan juga storan iCloud sebanyak 50GB pada satu harga yang murah.

Apple One menawarkan harga langganan sebanyak RM19.90 sebulan untuk versi individu yang hadir dengan akses ke Apple Music, Apple TV+, Apple Arcade dan 50GB iCloud.

Untuk versi keluarga pula, ia hadir pada harga RM33.90 sebulan yang menawarkan akses kepada sehingga 5 orang untuk perkhidmatan sama, dan perkongsian iCloud 200GB.

Penawaran ini masih belum aktif, dan dijangka ditawarkan kelak pada tahun ini.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*