TechSemut Malaysia

Apple Mengumumkan Format Kandungan Realiti-Maya Yang Baru – USDZ

Apple Mengumumkan Format Kandungan Realiti-Maya Yang Baru – USDZ

Apple Mengumumkan Format Kandungan Realiti-Maya Yang Baru – USDZ
Jun 04
20:00 2018

Bersama-sama pengenalan iOS 12, pihak Apple turut membawa kemaskini pada sokongan AR melalui peranti mereka. AR atau realiti-gabungan membolehkan pengguna menggunakan kamera pada peranti mudah-alih untuk mengabungkan paparan dunia nyata dan maya, sekaligus memaparkan sejumlah info tambahan yang berguna, selain digunakan untuk beberapa kandungan interaktif menarik.

Apple ARKit

Pada acara WWDC yang diadakan hari ini, Apple mengambil peluang untuk memperkenalkan format AR yang baru dinamakan sebagai USDZ (Universeal Scene Description). Apple dilihat bekerjasama dengan Pixar, sekaligus menawarkan piawaian format AR yang selari untuk memudahkan proses pembangunan.

Apple ARKit

Adobe juga akan menambah sokongan format berkenaan pada Creative Cloud, sekaligus memudahkan proses pembangunan kandungan untuk format berkenaan.

Format baru ini bakal disokong oleh Apple melalui iOS 12 kelak. Mungkin kita akan melihat beberapa syarikat lain turut menyokongnya memandangkan ia ditawarkan dalam bentuk format fail terbuka.

Sumber : amanz.my

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

<

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com