Apple Mengumumkan iOS 12 Untuk iPhone Dan iPad – Memfokuskan Prestasi Lebih Pantas

Apple hari ini telah mengadakan acara WWDC, sekaligus memperlihatkan sejumlah ciri-ciri baru yang bakal hadir ke sistem operasi mudah-alih mereka, iOS. Versi seterusnya akan dikenali dengan nama iOS 12, dan dilihat Apple memfokuskan lebih kepada prestasi melalui sistem operasi akan datang ini.

Seperti semua sedia maklum, iOS 12 ditujukan untuk iPhone dan juga iPad. Apple mengatakan iOS 12 akan disokong pada pelbagai peranti yang menjalankan iOS 11 pada hari ini.

Apple iOS 12

Menurut Apple, pada iOS 12 kelak, aplikasi akan dapat dibuka dan diakses dengan lebih 40% pantas berbanding pada hari ini. Disamping itu, kekunci maya akan dipaparkan dengan lebih 50% pantas, sementara kamera dalam aplikasi boleh dibuka dengan 70% pantas.

Pada masa yang sama, Apple turut mengatakan yang mana penggunaan CPU akan lebih dioptimasikan – dimana ia akan menggunakan tenaga lebih jika diperlukan sahaja, sekaligus menjimatkan bateri peranti berkenaan.

Selain prestasi, iOS 12 juga turut memfokuskan kepada ciri-ciri baru yang lain, terutamanya pada Siri. Siri pada iOS 12 menambah sokongan Shortcuts, yang mana membolehkan ia diakses dengan pantas daripada sebarang aplikasi.

Sedang dikemaskini…

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.