Apple Menjadualkan Acara Khas Pada Disember – “Menghargai Aplikasi Dan Permainan”

Apple sering mengadakan beberapa acara khas yang memperkenalkan perisian dan juga produk keluaran mereka. Menariknya, kini mengejutkan yang mana Apple turut dilihat telah mula menghantar jemputan untuk sebuah acara khas yang dijadualkan pada 2 Disember kelak.

AppStore Gold

Acara ini dilihat akan memfokuskan kepada aplikasi dan permainan di AppStore. Apple sendiri mengatakan acara khas ini akan menghargai aplikasi dan permainan kegemaran pada 2019 ini.

Berkemungkinan kita akan melihat acara ini mengetengahkan aplikasi dan permainan menarik di AppStore sepanjang 2019 ini – sekaligus akan membuatkan lebih ramai pembangun hadir dengan penawaran menarik masing-masing pada tahun-tahun akan datang.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.