Apple Menyaman Bekas Jurutera Yang Membangunkan Cip Untuk iPhone Dan iPad

Sejak dilancarkan lebih sedekad yang lalu, Apple menggunakan cip rekaan sendiri pada telefon pintar iPhone dan tablet iPad. Dengan cip buatan sendiri kos dapat dikurangkan dan paling penting sekali mereka tidak perlu bergantung kepada pembekal luar. Tetapi hari ini mereka telah memfailkan saman keatas bekalan jurutera yang bertanggungjawab membangunkan cip A7 sehingga A12X mereka.

Apple A10 FusionSaman difailkan ke atas Gerard Williams III yang merupakan mantan ketuka pembangunan cip Apple kerana beliau dituduh melanggar kontrak yang ditandatangani selepas meninggal syarikat. Williams dituduh mula merancang menubuhkan syarikat beliau sendiri ketika masih menjadi kakitangan Apple. Selepas meninggalkan Apple pada Februari 2019, beliau terus menubuhkan Nuvia Inc bersama beberapa bekas kakitangan Apple yang kini membangunkan pemproses untuk pusat data.

Williams III menyangkal dakwaan Apple kerana menurut beliau kontrak yang ditandatangani beliau melanggar undang-undang California yang membenarkan pekerja untuk membangunkan perniagaan baru semasa masih bekerja dengan majikan asal.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*