Apple cukup berahsia dengan produk yang sedang dibangunkan bagi mengelakkan ciri yang bakal diperkenalkan dicuri oleh pesaing. Tetapi setiap tahun ada sahaja maklumat yang tertiris awal menerusi laporan media. Minggu ini Apple mendakwa telah menemui sumber maklumat rahsia yang dibocorkan dan menyaman beliau.

Simon Lancaster pernah bertugas di Apple selama sedekad dan dipercayai adalah sumber maklumat mengenai produk yang ditiriskan di antara Oktober hingga November 2019. Lancaster dipercayai menggunakan kedudukan beliau untuk mendapatkan maklumat mengenai produk yang sedang dibangunkan, ciri yang akan diperkenalkan dan produk yang akan dilancarkan.

Bukti pembabitan ditemui pada peranti yang dipulangkan oleh Lancaster kepada Apple selepas meletakkan jawatan. Beberapa kali beliau didapati menghubungi media untuk memberikan dokumen mengenai produk yang sedang dibangunkan oleh Apple. Setiap kakitangan Apple menandatangani perjanjian untuk berkongsi rahsia dan harta intelek milik dengan pihak ketiga. Oleh sebab itulah Lancaster kini disaman kerana melanggar kontrak yang telah ditandatangani. Nilai saman yang akan dikenakan akan ditentukan dalam perbicaraan di mahkamah kelak.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.