Apple kini dilaporkan sedang merancang untuk mengumumkan peralihan kepada menggunakan cip pemprosesan utama sendiri pada komputer Mac, sekaligus menggantikan penggunaan cip Intel pada komputer keluaran Mac.

Apple dijangka membuat pengumuman berkaitan hal ini pada acara WWDC yang dijadualkan 22 Jun ini.

Bloomberg melaporkan Apple merancang mengumumkan peralihan ini bagi membolehkan para pembangun bersedia dengan penawaran aplikasi mereka untuk komputer Mac yang dijangka hadir pada 2021 kelak menggunakan cip tersendiri Apple. Walaupun beralih penggunaan cip pemprosesan utama, Apple masih akan kekal menggunakan sistem operasi macOS untuk komputer.

Langkah ini dijangka akan memberikan kesan terhadap Intel. Apple dikatakan melakukan peralihan kerana cip Intel yang semakin berkurangan peningkatan prestasinya dari tahun ke tahun. Pembangunan cip tersendiri dijangka akan memudahkan lagi perancangan pembangunan ciri baru, selain penggunaan cip berasaskan arM dijangka memudahkan Apple hadir dengan komputer riba lebih efisien, dan nipis.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.