Kabel yang baik akan dapat digunakan untuk jangka masa yang lama. Oleh itu kabel dengan bahan tahan lasak lasak besi gred industri atau yang dianyam menjadi pilihan berbanding PVC yang akan terkoyak selepas beberapa tahun. Apple ialah syarikat yang bersalah dalam menghasilkan kabel yang mempunyai reputasi mudah rosak. Tetapi dengan penjualan kabel Thunderbolt 3 Pro mereka yang terkini, ini mungkin tidak akan berlaku.

Kabel Thunderbolt 3 Pro sepanjang 2 meter ini menggunakan kepala USB-C ke USB-C dengan wayar yang menggunakan bahan bersulam yang tahan lasak. Ia mampu menyokong pemindahan data Thunderbolt 3 sehingga kelajuan 40Gb/s, USB 3.1 Gen 2 pada kelajuan 10Gb/s, output video DisplayPort (HBR3) dan pengecasan sehingga 100W. Ia direka khusus untuk digunakan pada monitor Pro Display XDR. Di Malaysia kabel ini dijual pada harga RM649 seutas.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.