Apple Mula Menjual Kerangka Pelindung iPhone XR – Hanya RM169

Percaya atau tidak, kerangka pelindung dari Apple cukup baik dan berkualiti. Lebih-lebih lagi kerangka pelindung kulit mereka. Sejak iPhone XR, XS dan XS Max dilancarkan, hanya kerangka pelindung rasmi XS dan XS Max sahaja yang Apple jual. Kerangka pelindung untuk XS tidak kelihatan.

Akhirnya, hari ini – Apple dilihat sudah mula menjual kerangka pelindung rasmi untuk iPhone XR. Kerangka pelindung rasmi iPhone XR ini diperbuat daripada bahan polikarbonat jernih dan TPU yang fleksibel. Ia adalah sejenis kerangka yang ringan, nipis dan memberi cengkaman tambahan. Menurut Apple, terdapat lapisan anti-calar telah diaplikasikan pada bahagian luar dan dalam kerangka – bagi melindung peranti dan juga kerangka itu sendiri.

Bagi yang berminat dengan kerangka pelindung rasmi iPhone XR ini, Apple Malaysia sudah pun mula menjualnya. Harga yang ditawarkan hanya RM169.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.