Bulan lepas, Apple mula menawarkan kit SSD untuk komputer desktop berkuasa tinggi mereka, Mac Pro. Harga jualan adalah mencapai RM11,200 yang mana memang tidak masuk akal. Tetapi itulah Apple, produk premium dijual pada harga premium.

Baru-baru ini, Apple dilihat mula menjual modul kad grafik AMD mereka pula. Modul ini adalah Radeon Pro W5500X MPX  Module, yang mana adalah variasi murah dan kurang berkuasa berbanding W5700X. Model ini hanya mempunyai memori 8GB GDDR6 dengan kepantasan jalur lebar 224GB/s sahaja. Ia juga mempunyai dua port HDMI 2.0 dan boleh mencapai kuasa pengkomputeran sehingga 5.6 teraflops.

Harga jualan modul GPU ini hanya RM2,400 sahaja. Manakala model yang lebih berkuasa kekal dijual pada harga RM4000.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.